Monday, June 14, 2010

life pas kawin

Alhamdulillah, majlis perkahwinan berjalan lancar dan menjadi majlis paling meriah mengikut sejarah keluarga..maklumla, da lama majlis perkahwinan tak diadakan di sini..saat bergelar isteri memang saat yang didambakan oleh setiap wanita..rasa tak percaya lebih tinggi dari percaya..almaklumla terlalu lama kudambakan hidup bersama andi....akhir Allah memprkenankan segala usaha dan doa kami...

Hubungan sillaturrahim di antara keluarga pun bertambah erat nampaknya. kerana setiap adik beradik memainkan peranan mereka masing-masing dalam majlisku ini..Terima kasih kekanda-kekandaku semua..Hanya Allah mampu membalasnya...

Ada banyak faedahnya kalau kita berkahwin ketika duit sudah mencukupi..kalau tak, tak dapatlah majlis yang kita idamkan...

life pas kawin

Saturday, March 20, 2010

Du teringat, kenangan lalu..


Tiba2 aku gelak sorang nasib baik masa ni aku sorang...so takda orang akan cakap aku gila..

Masa tu aku da start bercinta ngan andi..ia balik sabah sabah bercuti masa 2..punyala aku asyik melalak dalam telefon...waktu kol kerana teramat rindu...

Sekarang, rilek jer....lihat la beza dulu n sekarang

Friday, March 19, 2010

Fuh, esok dah nak balik..pas esok tinggal 5 hari lagi perkahwinan aku..tipulah kalau aku cakap aku tak gembira...mestilah gembira coz aku da target nak kawin b4 30...skrg 28 ..okla tu..Allah telah memakbulkan permintaanku..

Tambahan lagi berkahwin dengan orang yang kita cintai...sangat...


So, aku tau apa perasaan andi plak..mungkin dia gembira..mungkin dia takut..mmm...bukan takut kat aku tau...


Tapi takut banyak tanggungjawab nak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami..tambah2 kna bimbing si degil macam aku...warhgggghhhh..lucu pun ada..

Aku..

1. Memang penyayang, caring tapi tak tunjuk sangat..
2. Degil, tapi kalu kena caranya aku ikut gak la nasihat
3. Kuat tido, sebab release tension, makin tension, makin kuat tido...
4. Suka tengok tv, saper kol aku tak layan kalau citer best..
5 Tak suka orang paksa itu dan ini, sebab aku ada pendapat n idea aku sendiri
6. Selalu disayangi orang..series
7. Tak kedekut,pasti
8. Pendendam, suker balas..yes
9. tak terduga...

so to my sayang..

please study more about me..

Still sakit perut

Salam..

arini bangun lewat ...perut sakit...mood lum stabil lagi..rasa malas nak layan ramai orang..

So, better aku layan blog je la..dgr orang menceceh pun malas...

Semalam andi kol, banyak benda yang dibincangkan...

Aku sekarang malas nak bertekak sangat..ape2la...kalau bertekak kang aku gak yang macam salah..biarla..

Walau geram camanapon, aku malas nak layan...aku benci perasaan serba salah ..sebab aku bukan terus akan serba salah, tapi takut la jd benci...Nauzubillah...

Doa

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu'
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayatia gama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmat
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihatiAmin,
Ya Rabbi Allamin…….

Tensionla

Salam..


Hari ini bangun dalam pukul 10 pagi..perut sakit tak berapa sihat...alhamdulillah, katil kahwin da settle, tilam pon da sampai...

Taklah grand sangat tapi cantik..nice to see, nice to hold..

Mood pon tak baik sangat, ari ni memang sajer bt tak layan andi kol, sajer off handset..sebab da berapa ri ni kalau cakap atau sms ngan dia, hati aku pun sakit..memang da nak kawin ni, panas baran aku naik la...tapi mesti ada sebabnya, banyak pun dia la puncanya...

So, aku bt keputusan, malas nak layan sangat dia kol, malas nak bergaduh, malas nak sakit ati...

Walaupun ada gak dia try pujuk ckit, tp kalu ati da sakit..ko bagi apapon tak jalan...

Bt masa ini, baik aku rilex...