Saturday, March 20, 2010

Du teringat, kenangan lalu..


Tiba2 aku gelak sorang nasib baik masa ni aku sorang...so takda orang akan cakap aku gila..

Masa tu aku da start bercinta ngan andi..ia balik sabah sabah bercuti masa 2..punyala aku asyik melalak dalam telefon...waktu kol kerana teramat rindu...

Sekarang, rilek jer....lihat la beza dulu n sekarang

Friday, March 19, 2010

Fuh, esok dah nak balik..pas esok tinggal 5 hari lagi perkahwinan aku..tipulah kalau aku cakap aku tak gembira...mestilah gembira coz aku da target nak kawin b4 30...skrg 28 ..okla tu..Allah telah memakbulkan permintaanku..

Tambahan lagi berkahwin dengan orang yang kita cintai...sangat...


So, aku tau apa perasaan andi plak..mungkin dia gembira..mungkin dia takut..mmm...bukan takut kat aku tau...


Tapi takut banyak tanggungjawab nak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami..tambah2 kna bimbing si degil macam aku...warhgggghhhh..lucu pun ada..

Aku..

1. Memang penyayang, caring tapi tak tunjuk sangat..
2. Degil, tapi kalu kena caranya aku ikut gak la nasihat
3. Kuat tido, sebab release tension, makin tension, makin kuat tido...
4. Suka tengok tv, saper kol aku tak layan kalau citer best..
5 Tak suka orang paksa itu dan ini, sebab aku ada pendapat n idea aku sendiri
6. Selalu disayangi orang..series
7. Tak kedekut,pasti
8. Pendendam, suker balas..yes
9. tak terduga...

so to my sayang..

please study more about me..

Still sakit perut

Salam..

arini bangun lewat ...perut sakit...mood lum stabil lagi..rasa malas nak layan ramai orang..

So, better aku layan blog je la..dgr orang menceceh pun malas...

Semalam andi kol, banyak benda yang dibincangkan...

Aku sekarang malas nak bertekak sangat..ape2la...kalau bertekak kang aku gak yang macam salah..biarla..

Walau geram camanapon, aku malas nak layan...aku benci perasaan serba salah ..sebab aku bukan terus akan serba salah, tapi takut la jd benci...Nauzubillah...

Doa

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu'
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayatia gama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmat
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihatiAmin,
Ya Rabbi Allamin…….

Tensionla

Salam..


Hari ini bangun dalam pukul 10 pagi..perut sakit tak berapa sihat...alhamdulillah, katil kahwin da settle, tilam pon da sampai...

Taklah grand sangat tapi cantik..nice to see, nice to hold..

Mood pon tak baik sangat, ari ni memang sajer bt tak layan andi kol, sajer off handset..sebab da berapa ri ni kalau cakap atau sms ngan dia, hati aku pun sakit..memang da nak kawin ni, panas baran aku naik la...tapi mesti ada sebabnya, banyak pun dia la puncanya...

So, aku bt keputusan, malas nak layan sangat dia kol, malas nak bergaduh, malas nak sakit ati...

Walaupun ada gak dia try pujuk ckit, tp kalu ati da sakit..ko bagi apapon tak jalan...

Bt masa ini, baik aku rilex...

Thursday, March 18, 2010

Angka 6

Sekarang ni maghrib, ari khamis, esok jumaat, genaplah lagi tujuh hari pernikahan kami..

Tak sabar rasanya, yalah tahun ni da masuk tahun keenam percintaan kami..harap tak salah ler gamaknya..

Angka 6 ni yang aku perasan sangat simbolik...aku start perasan bila kitorang bertunang 16.01.10, akan bernikah 26.03.10 dan tahun ni tahun keenam kitorang bercinta...agak2 apa lagi angka 6 ek....hehe...anak kot...insya Allah..coz aku da start suka angka 6 ni...nasib bukan angka 4...suspend jer..yerla kot kot berbini 4 la plak..ngeri i..

Fuh,time kitorang bercinta mmg line tu agak clear jer...tapi tang bila masuk nak kawin, Allah jer yang tau betapa siksanya aku nak tunggu parents dia datang meminang..bagai menunggu buah yang tak jatuh gaklah masa 2...Maklumlah andi tersayang anak sulung..dah anak sulung, dua beradik jer..tak macam aku ada 10 beradik..kot besarlah harapan kedua orang tuanya terhadap dia...

Tapi, kot yerpon, takkan nak tunggu 10 tahun lg, kitorang dahla sebaya...Alhamdulillah berkat perbincangan di bulan mulia, yakni hari raya haji tahun lepasla membawa cahaya penyuluh hari bahagia kami...

MMmmm..aku mmg nak jadi isteri solehah...

Tak nak lawan cakap dia ( kaki bangkang ..hehe), cakap seayu mungkin walaupun marah, maniskan muka n dll yang patut isteri buatla...

Niat tu ada, harap terlaksana...

Sesamala kita berdoa k..

Cantikkan diri...

Hola sumer...

Dalam diam tak diam, da tgl seminggu hari pernikahanku, janggal rasanya..buat masa ini aku sedang belajar melupakan sebarang masalah ...masalah di sekolah dam masalah peribadi ngan orang-orang tertentu..betul, nak kawin banyak dugaan, macam2 Allah mduga , melihat bagaimana hambaNya yang dhaif menangani masalah...

Dugaan yang paling ketara di kalangan orang terdekat juga nampaknya...kerap mencari pasal secara halus..tapi aku malas nak layan...baik aku menggembirakan diriku...orang jeles macam2la ragamnyer...kire beruntung ada orang jeles kat kiter, maksudnya aku ni hebat la kan...hahaha

Hari ni pegi saloon rambut, tak jauh pun kat merlimau ngan bibik...dia gunting rambut aku repair rambut...sajelah persediaan menanti hari bahagia..konon nak kelainan, jangan orang terkejut suda..

Tdi g bayar duit kereta n kredit kad..rasanya bagaikan semalam baru bayar insurans n roadtax keta...warghhh...banyaknya guna duit..

Kejer tuk bayar segalanya..tensen gak..

Tapi kalu kejer tak bayar apa2 pelik pulak kan..?#@$

Sunday, March 14, 2010

sIAPKAN APA YANG PATUt...

Akhirnya, aku rasa lega..

Alhamdulillah, berkat kesabaran aku yang menggunung tinggi dapatlah aku menyiapkan beberapa perkara untuk majlis perkahwinan aku nanti.

Insya Allah, borang petang ni akan beres...


Sekarang, kakak aku si itha, yang bz buat hantaran.aku bukanla pandai sangat pun buat n tak berapa kreatif..so aku biarkan ajelah..

Yang penting siap...hehe

Thursday, March 11, 2010

Hari ini hari jumaat, esok da start cuti penggal, tapi aku tak plan balik kg arini..arini nak g kl..nak cari cari tudung yang bersesuaian dengan baju nikah aku nanti..

Hari ni memang takda kelas langsung, so aku memang nak tulis blog..

Ramai orang tanya ttg perasaan aku coz nak menikah tak lama lagi...yang sebenarnya aku tak jumpa lagi perasaan tu..perasaan berdebar atau risau da tak ada...aku pon tak tau mana g perasaan tu..cuma aku banyak bengang banyak perkara...

Alhamdulillah, berkat rezeki Allah kurniakan, dapatla kami menyiapkan hal perkahwinan kami sendiri...n tak menyusahkan orang lain..

Petang ni plan nak g kl..shopping time..

Tuesday, March 9, 2010

BETUL KER GADUH 2 SAYANG?

HOLA SUMER...

Orang kata gaduh tu taa sayang.yelah kalau gaduh sekali sekala...kalau da gaduh selalu sangat..ari2 gaduh pu bosan juga..

Mmmmm....banyak benda nak citer tapi tak tau nak start dari mana...
Takda la teruk pon..biasa jer.. tapi menduga gak la..

Cakap sikit salah, cakap banyak pun salah...baik tak yah cakap

Ada masa kiter tak tau saper yang salah...

Takkan 24 jam nak idup dalam keadaan serba salah...mereng la kalau macam ni..

Saturday, March 6, 2010

NtaHler

GUdnite....


Hari ni dari Pilah bergerak ke melaka..bertolak pukul 1 kemudian kul 3 sampai...2 jam gakla perjalanan arini..bukan apa, banyak benda nak diuruskan..

Yup, mmg aku sangat gembira sampai takda kata-kata yang mampu kuungkapkan lagi..

Bakal bersama yang tersayang dalam suka dan duka..Insan yang paling aku sayan mgi selain dari keluarga..memahami, caring n sangat penyabar..Cuma, harap senuanya akan berkekalan..

Bakal melalui saat-saat bahagia memang aku nantikan..Banyak suka duka dalam kehidupan aku lalui...tapi aku yakin tunang tersayang akan memberikan sinar bahagia..

Semoga dia tetap sabar n gembira bersamaku kelak...

Friday, March 5, 2010

SEDEY aku Sedeh, pilu Hatiku pilu

Batu kerikil sepanjang jalan,
Kanan kiri hutan dara;
Apakah degil riwayat ke hadapan,
Diri sendiri penyebab angkara?

Berkaca mata menonton wayang,
‘Tentang Dia’ kisah sahabat;
Baca nota mohon diulang,
Terang nyata makna tersirat.

Bermalam sudah di Kem Kubena,
Tumpahkan ilmu pelatih harapan;
Biar beralah melerai sengsara,
Andai kelu tidak disimpan.

Di tepi kali mengunyah kuaci,
Anak ayam berkumpul sama;
Bukan menyepi kerana benci,
Bukan diam kerana tak suka.

Dalam peta sudah terlihat,
Simpang Mengayau ombak bertemu;
Diam berkata indahnya sifat,
Fikiran kacau tidak membantu.

Slam..intro tak tau sesui tak ngan apa yang aku lis ni..pantun ni aku grab dari internet...

Hari ni hari jumaat, patutnya pukul 12.30 da abis waktu dah..maksudnye ble balik uma da...tapi macam biasalah..kerja banyak n kalau tak disiapkan akan bertambah banyak..so, aku stay sampai kul 5 gak la....

Memang moody sangat ni, sedih semalam sewaktu jumpa tunang tersayang tak abis lagi..bukan apa, bila bergaduh memang sedih, perasaan tak tentu arah, api ada satu kata2 andi yang mengguris ati aku semalam..walaupun da bertahun bercinta, dia belum memahami aku sepenuhnya. Aku tak salahkan dia pon, mungkin aku pon macam tu.. Cuma, aku harap, ikatan perkahwinan yang sah akan terus mendewasakan diri kami...yelah, dari kapel besa, hen sekarang da bergelar tunangan masing-masing..banyak perkara kena jaga, n satu yang aku perasan, dia sangat caring sekarang...tapi cemburu pon sangat2....hehe...aku pun macam u jugak..tak lama jdi suami ister..INSYA ALLAH

Biasalah, nak mendirikan masjid bukannya mudah..nak beli uma kecik pon terasa susahnya...syaitan akan cuba mnggoda dalam apa jua cara...kuatnya aku dan andi mempertahankan benteng cinta kami sehingga sekarang, begitu juala nanti..

Aku ni takdala demand sangat..cuma cukuplah dia memahami aku seadanya aku ni..sepertimana aku menerima seadanya dia...

Sambung kisah sedey...

BIla balik, aku erus ido sebab da penat sangat...tapi b4 u aku kol dia tanya pasal borang..kadang2 aku rasa dia tak amik kisah ke apa ni...tapi bila aku pikir2 rupanya dia seorang yang sabar dan tenang kot...tu yang dia cuba nak kool kan aku..tapi aku memang tak sbar, sebab tinggal 3 minggu borang tak antar lg..SO AMACAM?WHAT SAY U..

Next, kira bertekak lagila tadi...pastu aku tido..tibe2 tepon berdering, aku memang malas hset bunyi time aku tido..mmg terkezut n tersentak..andi rupanya, cakap borang tak sampai, aku melenting n terus ltak tepon...

Betul cakap dia, pas aku marah ke emosi ker, mesti aku akan menyesal...tapi aku tak suka perasaan ni...SERBA SALAH...???

Aku bangun lambat, da maghrib..mamai...terus mandi n solat....pastu tergerak ati tengok handset....

Panjang n bermaknanya mesej...andi telah meluahkan segala perasaannya tentng kami...

Apa yang aku bole buat , aku menangis n terharu...yang, maafkan la aku....pasni kalimah maaf akan teru berkumandang dari bibirku..nak u tau, sayangkan u seorang (opps..terjiwang suda)

to: MY SAYANG
belahan jiwaku
kau tercipta tuk jadi penguasa hatiku
belahan hatiku
kau tercipta tuk jadi pendamping hidupku
takkan pernah kan kutinggalkan dirimu
mesti kan datang godaan
mencoba runtuhkan cinta kita

reff: maafkan aku jika ku pernah
membuat hatimu terluka
maafkanlah aku jika ku pernah
membuat dirimu kecewa


maafkan aku yang..............

Wednesday, March 3, 2010

HIV test

Salam sumer..

Da lama tak berjumpa, rindu gakla kat blog ni..wahhh, perjalanan hidupku kian sibuk sekarang..dunno where should i get start...arini ari khamis, tinggal lebih kurang 3 minggu lagi nak melangkah alam perkahwinan...

Semalam...3.03 march baru gi amik test hiv..plan da lama da..tapi takder kesempatan..sekarang kejer makin banyak, makin bertambah tapi aku redha..aku yang pilih, aku kena hadapi...non STop...

ni pon curi-curu tulis blog time ada masa ni..sebab da lama sangat tak tulis blog..banyak yang terpendam tapi tak tau nak luahkan pada siapa...

semalam g amik hiv test..g klinik kesihatan area ni ...first, g kaunter amik borang..Biasala, akak nurse akan tanya, tuk aper...aku cakap la 4 my wedding la...takkan saje2 (hehe, ni perkataan dalam hati jer)

Fuh, da la pas ni aktiviti koko kat sekolah..tapi tunggu punyer lama..da ada orang potong aku...

Tunggu punya tunggu, barula turn aku..berdebar gak, coz bayang kan sakit tu...kena cucuk kat jari..yang bagusnya akak nurse ni beri panduan detail tentang result ni..walaupon aku tak berapa dengar, tapi aku angguk jer..saintifik ckit..complicated punya explanation.

alhamdulillah, tak sampai 5 minit..sumer selesai n aku da ready tuk berkahwin...hehe..