Monday, June 14, 2010
life pas kawin
Hubungan sillaturrahim di antara keluarga pun bertambah erat nampaknya. kerana setiap adik beradik memainkan peranan mereka masing-masing dalam majlisku ini..Terima kasih kekanda-kekandaku semua..Hanya Allah mampu membalasnya...
Ada banyak faedahnya kalau kita berkahwin ketika duit sudah mencukupi..kalau tak, tak dapatlah majlis yang kita idamkan...
Saturday, March 20, 2010
Tiba2 aku gelak sorang nasib baik masa ni aku sorang...so takda orang akan cakap aku gila..
Masa tu aku da start bercinta ngan andi..ia balik sabah sabah bercuti masa 2..punyala aku asyik melalak dalam telefon...waktu kol kerana teramat rindu...
Sekarang, rilek jer....lihat la beza dulu n sekarang
Friday, March 19, 2010
Tambahan lagi berkahwin dengan orang yang kita cintai...sangat...
So, aku tau apa perasaan andi plak..mungkin dia gembira..mungkin dia takut..mmm...bukan takut kat aku tau...
Tapi takut banyak tanggungjawab nak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami..tambah2 kna bimbing si degil macam aku...warhgggghhhh..lucu pun ada..
Aku..
1. Memang penyayang, caring tapi tak tunjuk sangat..
2. Degil, tapi kalu kena caranya aku ikut gak la nasihat
3. Kuat tido, sebab release tension, makin tension, makin kuat tido...
4. Suka tengok tv, saper kol aku tak layan kalau citer best..
5 Tak suka orang paksa itu dan ini, sebab aku ada pendapat n idea aku sendiri
6. Selalu disayangi orang..series
7. Tak kedekut,pasti
8. Pendendam, suker balas..yes
9. tak terduga...
so to my sayang..
please study more about me..
Still sakit perut
arini bangun lewat ...perut sakit...mood lum stabil lagi..rasa malas nak layan ramai orang..
So, better aku layan blog je la..dgr orang menceceh pun malas...
Semalam andi kol, banyak benda yang dibincangkan...
Aku sekarang malas nak bertekak sangat..ape2la...kalau bertekak kang aku gak yang macam salah..biarla..
Walau geram camanapon, aku malas nak layan...aku benci perasaan serba salah ..sebab aku bukan terus akan serba salah, tapi takut la jd benci...Nauzubillah...
Doa
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu'
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayatia gama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmat
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihatiAmin,
Ya Rabbi Allamin…….
Tensionla
Hari ini bangun dalam pukul 10 pagi..perut sakit tak berapa sihat...alhamdulillah, katil kahwin da settle, tilam pon da sampai...
Taklah grand sangat tapi cantik..nice to see, nice to hold..
Mood pon tak baik sangat, ari ni memang sajer bt tak layan andi kol, sajer off handset..sebab da berapa ri ni kalau cakap atau sms ngan dia, hati aku pun sakit..memang da nak kawin ni, panas baran aku naik la...tapi mesti ada sebabnya, banyak pun dia la puncanya...
So, aku bt keputusan, malas nak layan sangat dia kol, malas nak bergaduh, malas nak sakit ati...
Walaupun ada gak dia try pujuk ckit, tp kalu ati da sakit..ko bagi apapon tak jalan...
Bt masa ini, baik aku rilex...
Thursday, March 18, 2010
Angka 6
Tak sabar rasanya, yalah tahun ni da masuk tahun keenam percintaan kami..harap tak salah ler gamaknya..
Angka 6 ni yang aku perasan sangat simbolik...aku start perasan bila kitorang bertunang 16.01.10, akan bernikah 26.03.10 dan tahun ni tahun keenam kitorang bercinta...agak2 apa lagi angka 6 ek....hehe...anak kot...insya Allah..coz aku da start suka angka 6 ni...nasib bukan angka 4...suspend jer..yerla kot kot berbini 4 la plak..ngeri i..
Fuh,time kitorang bercinta mmg line tu agak clear jer...tapi tang bila masuk nak kawin, Allah jer yang tau betapa siksanya aku nak tunggu parents dia datang meminang..bagai menunggu buah yang tak jatuh gaklah masa 2...Maklumlah andi tersayang anak sulung..dah anak sulung, dua beradik jer..tak macam aku ada 10 beradik..kot besarlah harapan kedua orang tuanya terhadap dia...
Tapi, kot yerpon, takkan nak tunggu 10 tahun lg, kitorang dahla sebaya...Alhamdulillah berkat perbincangan di bulan mulia, yakni hari raya haji tahun lepasla membawa cahaya penyuluh hari bahagia kami...
MMmmm..aku mmg nak jadi isteri solehah...
Tak nak lawan cakap dia ( kaki bangkang ..hehe), cakap seayu mungkin walaupun marah, maniskan muka n dll yang patut isteri buatla...
Niat tu ada, harap terlaksana...
Sesamala kita berdoa k..
Cantikkan diri...
Dalam diam tak diam, da tgl seminggu hari pernikahanku, janggal rasanya..buat masa ini aku sedang belajar melupakan sebarang masalah ...masalah di sekolah dam masalah peribadi ngan orang-orang tertentu..betul, nak kawin banyak dugaan, macam2 Allah mduga , melihat bagaimana hambaNya yang dhaif menangani masalah...
Dugaan yang paling ketara di kalangan orang terdekat juga nampaknya...kerap mencari pasal secara halus..tapi aku malas nak layan...baik aku menggembirakan diriku...orang jeles macam2la ragamnyer...kire beruntung ada orang jeles kat kiter, maksudnya aku ni hebat la kan...hahaha
Hari ni pegi saloon rambut, tak jauh pun kat merlimau ngan bibik...dia gunting rambut aku repair rambut...sajelah persediaan menanti hari bahagia..konon nak kelainan, jangan orang terkejut suda..
Tdi g bayar duit kereta n kredit kad..rasanya bagaikan semalam baru bayar insurans n roadtax keta...warghhh...banyaknya guna duit..
Kejer tuk bayar segalanya..tensen gak..
Tapi kalu kejer tak bayar apa2 pelik pulak kan..?#@$
Sunday, March 14, 2010
sIAPKAN APA YANG PATUt...
Alhamdulillah, berkat kesabaran aku yang menggunung tinggi dapatlah aku menyiapkan beberapa perkara untuk majlis perkahwinan aku nanti.
Insya Allah, borang petang ni akan beres...
Sekarang, kakak aku si itha, yang bz buat hantaran.aku bukanla pandai sangat pun buat n tak berapa kreatif..so aku biarkan ajelah..
Yang penting siap...hehe
Thursday, March 11, 2010
Hari ni memang takda kelas langsung, so aku memang nak tulis blog..
Ramai orang tanya ttg perasaan aku coz nak menikah tak lama lagi...yang sebenarnya aku tak jumpa lagi perasaan tu..perasaan berdebar atau risau da tak ada...aku pon tak tau mana g perasaan tu..cuma aku banyak bengang banyak perkara...
Alhamdulillah, berkat rezeki Allah kurniakan, dapatla kami menyiapkan hal perkahwinan kami sendiri...n tak menyusahkan orang lain..
Petang ni plan nak g kl..shopping time..
Tuesday, March 9, 2010
BETUL KER GADUH 2 SAYANG?
Orang kata gaduh tu taa sayang.yelah kalau gaduh sekali sekala...kalau da gaduh selalu sangat..ari2 gaduh pu bosan juga..
Mmmmm....banyak benda nak citer tapi tak tau nak start dari mana...
Takda la teruk pon..biasa jer.. tapi menduga gak la..
Cakap sikit salah, cakap banyak pun salah...baik tak yah cakap
Ada masa kiter tak tau saper yang salah...
Takkan 24 jam nak idup dalam keadaan serba salah...mereng la kalau macam ni..
Saturday, March 6, 2010
NtaHler
Hari ni dari Pilah bergerak ke melaka..bertolak pukul 1 kemudian kul 3 sampai...2 jam gakla perjalanan arini..bukan apa, banyak benda nak diuruskan..
Yup, mmg aku sangat gembira sampai takda kata-kata yang mampu kuungkapkan lagi..
Bakal bersama yang tersayang dalam suka dan duka..Insan yang paling aku sayan mgi selain dari keluarga..memahami, caring n sangat penyabar..Cuma, harap senuanya akan berkekalan..
Bakal melalui saat-saat bahagia memang aku nantikan..Banyak suka duka dalam kehidupan aku lalui...tapi aku yakin tunang tersayang akan memberikan sinar bahagia..
Semoga dia tetap sabar n gembira bersamaku kelak...
Friday, March 5, 2010
SEDEY aku Sedeh, pilu Hatiku pilu
Kanan kiri hutan dara;
Apakah degil riwayat ke hadapan,
Diri sendiri penyebab angkara?
Berkaca mata menonton wayang,
‘Tentang Dia’ kisah sahabat;
Baca nota mohon diulang,
Terang nyata makna tersirat.
Bermalam sudah di Kem Kubena,
Tumpahkan ilmu pelatih harapan;
Biar beralah melerai sengsara,
Andai kelu tidak disimpan.
Di tepi kali mengunyah kuaci,
Anak ayam berkumpul sama;
Bukan menyepi kerana benci,
Bukan diam kerana tak suka.
Dalam peta sudah terlihat,
Simpang Mengayau ombak bertemu;
Diam berkata indahnya sifat,
Fikiran kacau tidak membantu.
Slam..intro tak tau sesui tak ngan apa yang aku lis ni..pantun ni aku grab dari internet...
Hari ni hari jumaat, patutnya pukul 12.30 da abis waktu dah..maksudnye ble balik uma da...tapi macam biasalah..kerja banyak n kalau tak disiapkan akan bertambah banyak..so, aku stay sampai kul 5 gak la....
Memang moody sangat ni, sedih semalam sewaktu jumpa tunang tersayang tak abis lagi..bukan apa, bila bergaduh memang sedih, perasaan tak tentu arah, api ada satu kata2 andi yang mengguris ati aku semalam..walaupun da bertahun bercinta, dia belum memahami aku sepenuhnya. Aku tak salahkan dia pon, mungkin aku pon macam tu.. Cuma, aku harap, ikatan perkahwinan yang sah akan terus mendewasakan diri kami...yelah, dari kapel besa, hen sekarang da bergelar tunangan masing-masing..banyak perkara kena jaga, n satu yang aku perasan, dia sangat caring sekarang...tapi cemburu pon sangat2....hehe...aku pun macam u jugak..tak lama jdi suami ister..INSYA ALLAH
Biasalah, nak mendirikan masjid bukannya mudah..nak beli uma kecik pon terasa susahnya...syaitan akan cuba mnggoda dalam apa jua cara...kuatnya aku dan andi mempertahankan benteng cinta kami sehingga sekarang, begitu juala nanti..
Aku ni takdala demand sangat..cuma cukuplah dia memahami aku seadanya aku ni..sepertimana aku menerima seadanya dia...
Sambung kisah sedey...
BIla balik, aku erus ido sebab da penat sangat...tapi b4 u aku kol dia tanya pasal borang..kadang2 aku rasa dia tak amik kisah ke apa ni...tapi bila aku pikir2 rupanya dia seorang yang sabar dan tenang kot...tu yang dia cuba nak kool kan aku..tapi aku memang tak sbar, sebab tinggal 3 minggu borang tak antar lg..SO AMACAM?WHAT SAY U..
Next, kira bertekak lagila tadi...pastu aku tido..tibe2 tepon berdering, aku memang malas hset bunyi time aku tido..mmg terkezut n tersentak..andi rupanya, cakap borang tak sampai, aku melenting n terus ltak tepon...
Betul cakap dia, pas aku marah ke emosi ker, mesti aku akan menyesal...tapi aku tak suka perasaan ni...SERBA SALAH...???
Aku bangun lambat, da maghrib..mamai...terus mandi n solat....pastu tergerak ati tengok handset....
Panjang n bermaknanya mesej...andi telah meluahkan segala perasaannya tentng kami...
Apa yang aku bole buat , aku menangis n terharu...yang, maafkan la aku....pasni kalimah maaf akan teru berkumandang dari bibirku..nak u tau, sayangkan u seorang (opps..terjiwang suda)
to: MY SAYANG
belahan jiwaku
kau tercipta tuk jadi penguasa hatiku
belahan hatiku
kau tercipta tuk jadi pendamping hidupku
takkan pernah kan kutinggalkan dirimu
mesti kan datang godaan
mencoba runtuhkan cinta kita
reff: maafkan aku jika ku pernah
membuat hatimu terluka
maafkanlah aku jika ku pernah
membuat dirimu kecewa
maafkan aku yang..............
Wednesday, March 3, 2010
HIV test
Da lama tak berjumpa, rindu gakla kat blog ni..wahhh, perjalanan hidupku kian sibuk sekarang..dunno where should i get start...arini ari khamis, tinggal lebih kurang 3 minggu lagi nak melangkah alam perkahwinan...
Semalam...3.03 march baru gi amik test hiv..plan da lama da..tapi takder kesempatan..sekarang kejer makin banyak, makin bertambah tapi aku redha..aku yang pilih, aku kena hadapi...non STop...
ni pon curi-curu tulis blog time ada masa ni..sebab da lama sangat tak tulis blog..banyak yang terpendam tapi tak tau nak luahkan pada siapa...
semalam g amik hiv test..g klinik kesihatan area ni ...first, g kaunter amik borang..Biasala, akak nurse akan tanya, tuk aper...aku cakap la 4 my wedding la...takkan saje2 (hehe, ni perkataan dalam hati jer)
Fuh, da la pas ni aktiviti koko kat sekolah..tapi tunggu punyer lama..da ada orang potong aku...
Tunggu punya tunggu, barula turn aku..berdebar gak, coz bayang kan sakit tu...kena cucuk kat jari..yang bagusnya akak nurse ni beri panduan detail tentang result ni..walaupon aku tak berapa dengar, tapi aku angguk jer..saintifik ckit..complicated punya explanation.
alhamdulillah, tak sampai 5 minit..sumer selesai n aku da ready tuk berkahwin...hehe..
Friday, February 19, 2010
WEDDING RING

Salam ...
stIll aRi yang sama, aku stil kat sekolah...kejer tak siap..blog da siap..ni nak tambah satu lg...
Ni la cincin nikah tuk andi..tak wajib pun ..tak bagi pun tak membawa hukum dosa ke pahala..
Tapi bagi aku lelaki kena pakai cincin kahwin supaya orang tau terutamanya kaum hawa yang akn dia jumpa tau dia da ada isteri (coming soon)...
Tapi nak cari cincin punya lah susah....cerewet bangat andimazlan...aku tak ingat tarikh kitorang beli cincin ni..tapi kitorang beli kat alamanda, putrajaya ( TOMEI )
Fuhh, aku ingat cincin lelaki ni murah dari cincin perempuan coz material dia silver jer.Tapi, rupanya agak mahal gak...
First, kitorang pegi Habib, coz aku memang suka beli emas kat habib jewels..bukan sebab branded ke aper..tapi harga sama jer ngan kedai emas len, baik beli kat kedai orang Melayu..design pon cantik..tapi tak jadi beli cincin andi kat cni...harga after 50% RM2000.... haha...aku memang kedekut....hehe
Next, TOMEI is da rite place 4 Us..sapphire ...got ya....RM576 after 50% less..puas ati...tak sabar nak suruh dia pakai...walaupon bergaduh kaw2 b4 beli...coz dia nak suruh aku belikan cincin silver...
kejer Plus sembang

COME BACK 2 SCHOOL AGAIN...
Hari ni bangun pagi...pas subuh tido balik..bangul kul 8.30 am..wow, melihat dua orang teman sedang membuat senaman aerobik menimbulkan rasa malu pada diri aku sendiri...haha..da kurus pon nak senaman lgi...aku malas gila nak buat senaman ni walaupun majlis ku kian hampir...tengok jam, tak rasa apa2...tapi kalu duk mhitung ari...warghhh...takut gak..
Maklumlah meniti hari menjadi seorang isteri, aku pun tak tau camana..cuma nak jadi yang terbaik di sisi suami tersayang... ( kelak )..walaupun pada masa ni aku sedang sibuk memikirkan hal kerja aku yang takda kesudahan...macamana nak sudah, aku tak mula lagi...
YES, finally i've found the clue.bole bt kat uma pas ni...thanx kak aini ...tlg aku td...
Dalam fikiran aku ni sibuk sangat plus bz serabot dalm otak..kire traffic jammed...langsir uma tak cukup, langsir kawin tak siap, fuhhh...masa sebulan kian pupus..tapi aku cube bertenang..walaupun banyak kesedihan timbul..aku dan andi cube selesaikan bersama-sama...aku cuba berdikari n tak susahkan banyak pihak sebab ni wedding aku, n aku nak berpuas ati atas apa yang aku buat..
Aku banyak menilai diri aku dalam aku meniti ari bahagia ni...aku seorang yang ringkas rupanya...bila nak kawin ni,masa pun suntuk...aku ingat aku jenis yang cerewet beli barang tapi rupanya tak...aku rasa ok, berbaloi, n agak mencapai bayangna aku..aku ON jer..andi pulak apa aku suka dia ok jer cuma dia tak kasi membazir...cakap pasal membazir , baru aku nampak dia yang sebenarnya, agak particular benda yang tak penting contohnya bunga telur, tapi katil kawin kitorang nak yang besa jer...NYAMPAH!
Andi da tempah kad kawin, n aku berpuas ati ngan design n da price also..thanx sayang..aku jarang suker ngan pilihan dia tapi aku suka kad tu..simple but nice..
Thursday, February 18, 2010
sambungan kisah d JJ baru...

arini aku bangun kul 9.30 pagi biarpon aku set alarm pukul 9.10.tapi tupun kire ok..arini balik pilah..malasnyer...cuma aku pikir jer ada keje aku tak siap tu la aku kena balik..kalau takda kejer, nescaya aku balik ari ahad...dan aku nak kawin ni, masa ni la aku dapat kejer yang susah n tak besa buat, tapi kalau tak buat naya plak aku ...melibatkan reputasi sepanjang hidup...
Pas keta da siap, kitorang pon gerak gi isi minyak kat SHELL..full tank coz aku tau arini aku balik PILAh.ni aku nak ingatkan korang sumer..tangki minyak kena selalu penuh kerana kita sebagai manusia tak bisa meneka apa bakal terjadi terutama kalu sorang..bayangkan keta kehabisan minyak di tempat yang ASING bt kiter...fuhhh...aku da pena rasa tu yang bt aku insaf...kat PUTRAJAYA balik sorang, sesat, n giler susah nak cari stesen minyak..BENCI AKU...tapi masa tu minyak tak abis lagi tp lampu tank da merah..serammmm....
Kitorang sampai kat Jusco tapi still idup dalam tension gak apa tak aku blood pressure..takda parking kosong..keta len plak membuak2 berebut cari tempat parking...masa ni memang agak selfish sumer orang kot ...main cilok jer..so be careful...Jusco ni baru buka , skg pon parking free, ni JUsco paling besar kat Malaysia la ni.tu yang terlalu ramai orang...tapi paling hebatla benda alah ni kat Melaka..setelah pusing 4-5 kali...alhamdulillah , finally i did it...fuhhh lega...
Sebenarnya farah da kuarkan blog ngutuk dulu b4 aku..hehe...
Oleh kerana da hepi dapat tmpat parking, so cepat jer kitorang meluru ke Jusco dengan riangnya tanpa memikirkan kod parking...apa lagi kat dalam ronda dulu. aku beli kasut..kasut jalan..ingat nak beli kasut kejer....warghhh, husp puppies, scholl, n camel active tapi takda size ...sedih ar kaki aku...so aku pendamkan saja...walaupon da menunggu salesman tu amik kasut tapi takda, akhirnya aku beli kasut besa je..tak sampai rm5o tapi very comfortable..
Laparnyer..singgah kat foodcourt makan mihun goreng pedasss..mmm....sedap gak la...farah lak makan nasi goreng pattaya plus sweet sour...kagum aku budak ni...kuat makan..dia abiskan nasi dia n mihun aku yang tak abis...bagus gak..tak membazir...hehe.. ( dia kuat makan)
Turun tangga, naik tangga, biasa la tu..round tempat yang sama..aku nak g cari comforter kawin aku, bayangan da ada tapi tak leh ikut sangat...nak yang berkilat,selesa, king size n nmapak ekslusif.budget below RM500...ada dua purple n silver then aku pilih silver sebab nampak ekslusif...yela, baju penggantin aku purple, takkan nak cari warna purple lak, tak naik seri kalau macam tu...AKEMI brand...ok la...sesuai ngan budget...
Nak balik daa...
Memang pening plus confius..bayangkan pusing satu jusco yang besar nak cari keta..kuar masuk...kuar masuk...farah???muka seposen jer...kurang membantu...bacala citer sadis n dialog sadis kat blog dier....fsalleh.blogspot.com....at last, jumper gak...ingatla kat mana anda parkin , A, B, C, D...wargghhhh...LOST
Warrrghhh...sakitnyer hati
Hari ni hari khamis...patutnya hari yang indah la kot sebab still in holiday..tapi ada banyak citer aku luahkan n nak kongsikan bt ratapan saper yang minat baca blog aku ni terutama adiek aku, farah (farah_hugh konon) n my luv kat kl nun jauh tue..
dgan ucapan mis u yang n naper tak angkat phone? (hehe..iklan ek)
Berbalik pada citer aku tadi...
Hari ni bangun pukul 10.30 pagi lebi kurang.masa tidur mmg tension gak coz tepon berdering2 tapi aku bt tak layan..tabiat aku yang aku baru kenalpasti tak angkat tepon time drive n time tido da mmg sejak azali..so yang kol tu pandai2 ar adjust..ntah aper mimpi aku tanpa basuh muka dulu dan pada masa itu ayah tgk CNN, aku buang tebiat lipat baju plak..aku kemas barang-barang kahwin aku atas meja, buang sampah...pastu baru masuk bilik air n sarapan pagi.
Macam biasa, even aku dah tua bangka, mmg best ar duk kampung, still kena layan macam kanak-kanak..sarapan da siap, tak kisahlah kadang-kadang mak buatkan atau mak belikan..tapi kadang-kadang beli ok gak..merasa gak jiran kg masak..walaupon tak leh lawan mak yang masak..memang sedap..sebab tu walau pun sebulan lebi cikit nak kawin, aku still melantak tanpa rasa bersalah..memang sadis...kilogram PLUS n PLus ler gamaknyer...yang Best duk kg ni, ko ble tido sesuka ati yang ko suker asalkan Solat kena jaga..hehe..ni tradisi Puteri-puteri Hj Salleh...kena manjerkan...takda kat mana-mana uma pon..uma ni ajer...Very special...thanx to my mum n dad..luv u so much..
Abis breakfast ayah nak bawak aku g mybank merlimau uruskan roadtax n insurans keta maklumla ni first time aku buat tu yang bnyak tak tau ...so far okla...so, dalam kul 12 kitorang gi naik keta kancil mak aku coz keta aku servis kat peringgit...dalam keta borak-borak kosong n aku tak ingat sangatler..bila da sampai, ayah aku g borak ngan member lama dia..aku bnaik second floor g bayar dt keta n kad kredit...mmm...terasa gak dt kuar cam air...tu tak settle lg, g kaunter bawah jumper sorang minah ni nama yana yang uruskan bahagian insurans...arggghhh...melayang lg $$$$...dipendekkan citer dt aku da melayang rm2500 gak sambil terpikir petang ni kena bayar servis keta RM400...kalau nak ikut akaun memang da kategori negatif da ni..tp nasib bek, kitorang main kutu..save ckit..
Paham je la, bulan depan nak kawin...macam-macam nak kena beli...tapi bagi aku duit tu da mmg diwujudkan untuk dibelanjakan...kalau setakat nak simpan..gamaknya makan pasir plus rumput je la kan...CUMA, perlu juga ada simpanan gak..supaya tak la melarat plak..so, dalam masa ingin memiliki barang yang diidamkan aku cube kawal perasaan aku supaya aku tak keterlaluan dalam berbelanja...kalau ikut perasaan, barang semua nak branded kategori A ($$$RIBUAN)...Tapi ikut akal fikiran yang waras, branded PLUS berbaloi($RATUSAN)..pon da alhamdulillah..coz bagi aku yang penting aku suka...apa yang paling penting aku MAMPU tuk barang tu, kalau agak tak mampu, bt Tak pandang je kat brg 2...coz satu sikap aku ialah takkan cuba kalau tau tak mampu nak dapat..so, takla pening...
Still hari yang bz bt aku, n coretan ni lak agak panjang la ckit, idea membuak ni...
petang pukul 4 ptg ready g amik keta kat peringgit ngan abang de, amira,n zia..walaupun jalan yang abang de lalu lain macam, tapi yang pting sampai gak la..abang de tinggalkan aku n farah kat eon services coz dia nak bawak amira g beli baju..mau sejam lebi gak kitorang tunggu sambil tengok citer SIONG kat TV3..sangat jengkel...bila da abis bayar terus kitorang g JUSCO bandaraya Melaka..ni 2nd time aku pg, 1st time ngan Andi cari kasut, td ngan farah..1st time bg dia la...memng sadis nak cari tempat parking...seksa gakla, cuma sekarang parking free.
Tuesday, February 16, 2010
tak sangka.....
masa
Salam semua..salam ukhwah n salam muhibbah...
Sebenarnya aku baru nak start blog nie, maklumlah cuti sekolah baru lah ada masa buat itu ini, termasukla try tulis blog ni..first try...
Memang da lama sangat tak buat karangan nie, kire format pon aku da lupa..tapi aku mmg tak nak buat karangan formal pon..just read it as a fun..ntah naper aku baru nak tulis blog adala kerana banyak yang aku nak share..tentang hidup kita sebagai manusia di bumi Allah ni, tentang tanggungjawab anak terhadap orang tua, tentang peranan seorang kakak kepada adik-adik, adik terhadap abang n kakak, tentang peranan aku sebagai guru, n banyak lagila.
Masa berganti, masa yang berlalu takkan berulang walau sesaat..ini biasa..aku tau hakikat ini n korang pon tau tapi sejauhmana kita menghargai masa aku pun tak tau..mungkin kerana masa takda timbangan harga kot, atau makin berat, makin mahal...tapi masa sangat sangat berharga sampai tak ternilai harganya kalau boleh dibeli, memang sangat laris di pasaran...tahun 2010 banyak sangat kejutan dan sangat berkaitan dengan masa.